Pada pertengahan bulan ini, dijangka penasihat keselamatan Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India bakal laksana perbincangan berkenaan projek kereta api bersama yang akan menghubungkan negara-negara Teluk, Arab dan India.
Berdasarkan makluman, agenda infrastruktur bersama ini diperhatikan tidak sekadar memberi manfaat pada aliran ekonomi tetapi turut mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara negara.
Kemasukan pembangunan ini sekaligus akan memaparkan dinamik politik menarik. Ini kerana Asia Barat merupakan kawasan penting pada insiatif Jalur dan Jalan China iaitu projek China yang dibina di aas runtuhan Jalan Sutera purba. Di mana ia bertujuan menghubungkan China dengan seluruh dunia menerusi pembinaan infrastruktur.
Setakat ini, perbincangan tersebut masih diperingkat awal dan belum ada sebarang ulasan berkenaan perancangan itu daripada mana-mana pihak.