Artikel

Rusia Kembali Tersenarai Dalam 10 Ekonomi Terbesar Dunia

Sejak 2014, buat pertama kalinya Rusia kini kembali tersenarai dalam 10 ekonomi terbesar dunia – pada kedudukan ke-8.

Menurut data Bank Dunia bersama statistik Sputnik, kedudukan tersebut diraih hasil pengeluaran barangan dan perkhidmatan Rusia bagi 2022 mencatatkan nilai $2.3 trilion. Sebelum ini pada 2014, Rusia duduki tangga ke-9 bersama nilai barangan dan perkhidmatannya $2.05 trilion sementara 2021 pula telah merosot di tangga ke-11.

Selain Rusia di tangga ke-8 mengikut laporan Bernama,  Amerika Syarikat (AS) kekal mendahului di kedudukan pertama dengan KDNK nominalnya dianggarkan $25.5 trilion, diikuti China (2) dengan $17.9 trilion, Jepun (3) $4.2 trilion, Jerman (4) $4.07 trilion, Indina (5) $3.4 trilion, UK (6) $3.07 trilion dan Perancis (7) $2.8 trilion.