Setelah berdepan tekanan kos operasi dalam tempoh tertentu – Sea Group iaitu syarikat induk disebalik platform e-dagang Shopee kini mengisytiharkan bakal memberi kenaikan gaji sebanyak 5% ke atas sebahagian pekerjanya, mulai Julai kelak.
Menurut notis dimaklumkan, pemberian kenaikan gaji tersebut akan disalurkan kepada kumpulan pekerja yang telah menyertai operasi pada dan sebelum tarikh 31 Mac. Mengikut laporan Bloomberg ini, tindakan itu sekaligus memaparkan prestasi kewangan Sea semakin memulih.
Setakat awal Mac lalu, Sea berjaya meraih lonjakan 22% pada prestasinya. Perolehan yang baik dilihat berlaku kesan dari sikap displin Sea yang mengambil tindakan pada tahun 2022 untuk tidak memberi gaji kepada pengurusan tertinggi, di samping mengurangkan kos perbelanjaan operasi sehingga kumpulan kembali stabil.