Artikel

Pos Malaysia Kini Buka Kedai Serbaneka Pertama – Pos Shop

Bermula akhir April lalu, Pos Malaysia kini meneroka cabang baharu dengan membuka kedai serbaneka pertamanya, iaitu Pos Shop bersebelahan dengan Pejabat Pos Medan Tuanku Jalan TAR.

Menerusi pembukaan kedai pusat sehenti ini, ia akan memudahkan pengguna Pos Malaysia – di mana pusat pengeposan dan kedai serbaneka tersebut untuk makluman telah dihubungkan. Ini bermakna setelah urusan pengeposan diselesaikan, para pengguna boleh terus nikmati khidmat peruncitan yang tersedia di Pos Shop.

Bagaimanapun tempoh operasi kedai serbaneka ini dimaklumkan hanya berlangsung dari 8 pagi sehingga 8 petang sahaja.