Artikel

Kos Khidmat Penginapan, Makanan Kini Naik 8.3% – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) bagi suku pertama 2023 kini memaparkan peningkatan kos sekitar 3.4% berbanding suku yang sama pada tahun 2022.

Peningkatan ini pada tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kenaikan harga berlaku pada perkhidmatan Penginapan, Aktivit Perkhidmatan Makanan dan Minuman bagi suku pertama 2023 dengan menyumbang 8.3%. Situasi ini didorong dengan peningkatan kos dalam Restoran & Aktiviti Perkhidmatan Makanan Bergerak iaitu 9.8%.

Selain perkhidmatan tersebut, segmen pengangkutan turut memaparkan kenaikan kos sekitar 6.5% dengan kebanyakkan disumbangkan oleh Pengangkutan Penumpang Udara (25.6%). Sementara indeks Kesenian, Hiburan & Rekreasi dan Pendidikan pula memaparkan peningkatan kos kecil sekitar 1.1%. Disusuli khidmat Profesional 0.5% dan Kesihatan pula 0.4%.