Malaysia dan Indonesia diseru laksana kesepakatan yang lebih mampan, untuk tampil selaku pengeluar utama minyak sawit di pasaran global. Mengikut pengamatan Presiden Joko Widodo ini, langkah itu akan membantu kedua negara untuk mendepani amalan diskriminasi sawit yang dilaksanakan Kesatuan Eropah (EU).
Melalui kebersamaan dua hala ini pada laporan bersama MediaPrima, Presiden Jokowi melihat ia akan memudahkan penembusan pasaran dan pengurusan harga dalam arena minyak sawit dicapai.
Untuk makluman umum, tindakan diskriminasi EU semakin ketara apabila undang-undang baharu telah dipersetujui pada akhir 2022, di mana pemasaran komoditi yang melibatkan penebangan hutan tidak akan memasuki pasaran EU. Langkah ini sekaligus melibatkan kemasukan komoditi seperti kayu, getah, sawit, koko, dan kopi. Maka selaku 80% pengeluar minyak sawit dunia, Malaysia dan Indonesia melihat tindakan itu adalah amalan diskriminasi susulan kedua negara telah berusaha meningkatkan piawaian kelestarian dalam proses pengeluaran sawit.
Di mana proses tersebut merangkumi aturan perlindungan alam sekitar dan piawaian keselamatan makanan global.
Setakat 2022, Malaysia telah mengeksport sekitar 15.72 juta tan metrik minyak sawit dengan jumlah hasil mencapai RM135 bilion. Aliran eksport ini meliputi penyertaan India, China, Turkiye, Belanda, Jepun, Arab Saudi sebagai antara pengimport utama sawit negara. Sementara negara EU pula mengimport sekitar 1.3 juta tan metrik.
Menerusi gagasan itu, Presiden Jokowi dan PM Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk tingkatkan kerjasama bagi melonjakkan pasaran minyak sawit dan perangi amalan diskriminasi sawit.