Artikel

Shein Nafi Harga Produk Lebih Rendah, Dikaitkan Isu Buruh Paksa

Shein, platform e-dagang berpangkalan di China kini menegaskan pelarasan harga produk mereka tidak melibatkan sebarang isu berkaitan buruh paksa. Perkara ini berbangkit susulan penawaran harga produk di bawah Shein kekal rendah dan lebih murah berbanding platform jualan lain. 

Penjelasan ini susulan tindakan sekumpulan pengubal undang-undang AS menggesa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) untuk menyemak Shein berhubung isu buruh paksa Uighur. 

Pada tindak-balas itu bersama laporan AFP minggu lalu, Shein memaklumkan pihak pembekalnya kekal mematuhi kod etika perniagaan selari dengan piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Pihaknya menjelaskan, penawaran harga sedemikian adalah berteraskan kepada konsep perniagaan iaitu pengeluaran produk berasaskan permintaan pengguna. Di mana Shein bertindak menghapuskan risiko inventori, iaitu melandaikan kos pakaian pengilangan operasi. Maka penetapan harga lebih rendah dapat dilaksanakan kepada pengguna berdasarkan permintaan mereka. 

Setakat 2021 lalu, jualan global Shein didapati telah naik 60% kepada perolehan $16 bilion. Prestasi baik ini sekaligus meletakkan operasi Shein dibelakang H&M – iaitu jenama pakaian Sweden yang menawarkan harga pakaian lebih tinggi berbanding mereka. 

Berikutan prestasi itu, Shein menyasarkan untuk menggandakan kapasiti khidmat mereka. Antaranya membina gudang baharu di Poland berkeluasan 40,000 meter persegi untuk tingkatkan kecekapan penghantaran produk bagi pasaran Eropah. 

Secara menyeluruh Shein kini memiliki sejumlah 11,000 pekerja bertugas di bawah perkhidmatannya di seluruh dunia.