Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini merealisasikan jangkaan mereka pada penghujung tahun lalu, apabila mengisytiharkan wabak COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai fasa kecemasan global.
Aturan ini mengambil kira pelbagai faktor berhubung tahap penularan, jumlah kes COVID-19 mengikut tahap kronik, paras peratusan vaksinasi penduduk, tahap imuniti, dan kecekapan sistem kesihatan negara ketika ini. Penamatan fasa darurat COVID-19 ini sekaligus memberi cerminan positif kepada pemulihan ekonomi dunia sepenuhnya dalam tempoh terdekat.
Meskipun wabak ini tidak lagi berstatus kecemasan global, orang awam khususnya rakyat Malaysia diberi peringatan untuk kekal melaksanakan langkah penjagaan kesihatan. Ini kerana setakat 29 April masih terdapat 14,291 kes aktif COVID-19 di negara, dengan 13,371 kes sedang jalani tempoh kuarantin di rumah (93.6%).