Artikel

F&N Sasar Hasilkan 100 Juta Liter Susu Segar Setahun – Menjelang 2025

Melalui pembangunan ladang tenusu bersepadu di Ladang Permai Damai yang dijangka siap bagi Fasa 1 pada Disember 2025 – Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) menyasarkan akan mula memasarkan susu segar keluaran F&N itu seawal 2025 kelak.

Pemasaran ini sekaligus membantu kumpulan mengurangkan kebergantungan mereka pada perolehan susu import dan sekaligus membantu merancakkan arena pertanian negara. 

Untuk Fasa 1, F&N pada sidang media laporan kewangan separuh pertama hari ini menyasarkan sekitar 100 juta liter pengeluaran susu segar berpotensi dicapai setahun menjelang 2025 bersama kapasiti 20,000 ekor lembu prah. Perancangan ini dimaklumkan tidak sekadar memberi kelebihan kepada pasaran Malaysia tetapi turut mengurangkan kebergantungan susu import dari luar negara untuk pihak ketiga di Singapura.

Berikutan kejayaan operasi berjaya meraih lonjakan keuntungan RM101.18 juta pada suku kedua ini, disasarkan pertumbuhan pada separuh kedua 2023 akan lebih positif. Didorong pertumbuhan yang kukuh di Thailand, diikuti peningkatan jualan pada kemasukan pelancong China. Malah prestasi yang kekal positif disumbangkan oleh Cocoaland Holdings juga turut membantu F&N meningkatkan lagi perkembangan jualannya. 

Selain perkembangan itu, F&N turut berhasrat meluaskan kapasiti jualan 100Plus pada pasaran antarabangsa. Setakat ini langkah itu tidak diperincikan dan akan diketahui pada prestasi pasaran beberapa suku mendatang.