Artikel

OPR Dijangka Kekal Paras 3.00% – Sehingga Akhir 2023 

Bank Negara Malaysia (BNM) minggu ini telah laksana tindakan luar jangka, apabila menaikkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00%. Susulan tindakan itu, dijangka paras ini akan dikekalkan sehingga akhir 2023.

Sasaran itu mengikut pengamatan BMI iaitu unit pembrokeran di bawah Fitch Solution, agensi penarafan kredit antarabangsa – akan disokong berdasarkan matlamat BNM untuk membantu pertumbuhan negara, menurunkan paras inflasi secara berkala. Setakat ini paras inflasi telah menurun kepada 3.4% berbanding 3.7% pada data sebelumnya.

Meskipun inflasi makanan masih tinggi, namun BMI menjangkakan aliran inflasi secara menyeluruh akan menurun dan menjadi sederhana dalam beberapa bulan mendatang. Susulan kesan asas pasaran dan harga komoditi yang lebih rendah berlaku. Secara menyeluruh sasaran inflasi itu dijangka sekitar 2.5% pada akhir 2023 ini, menjadikan ia lebih rendah berbanding data 2022.