Artikel

Nilai Ringgit Kukuh, Kesan Kenaikan OPR Kepada 3.00%

Kesan pelarasan naik OPR pada paras 3.00% kini memaparkan pengukuhan nilai mata wang tempatan apabila pada pagi ini – nilai Ringgit menunjukkan pengukuhan dengan naik kepada 4.4350/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4525/4580 pada akhir urus niaga Rabu lalu. 

Situasi luar jangka Bank Negara Malaysia (BNM) ini dilihat secara langsung telah membantu memacu pertumbuhan nilai Ringgit di pasaran. 

Susulan persekitaran itu dijangka nilai Ringgit akan kekal bertahan – tatkala pemain industri ketika ini menyasarkan Rizab Persekutuan AS (Fed) menangguhkan sementara waktu pelarasan kadar faedah perdagangan. 

Tidak hanya itu prospek pertumbuhan global yang dilihat sedikit merundum juga berpotensi meningkatkan jangkaan penurunan kadar faedah pada Fed. 

Secara menyeluruh, ketika ini prestasi niaga Ringgit menunjukkan peningkatan berbanding Peso Filipina kepada 8.00/8.03; mengukuh berbanding Rupiah Indonesia kepada 301.9/302.4 tetapi sedikit rendah berbanding Dolar Singapura pada 3.3426/3469 dan menyusut berbanding Baht Thailand kepada 13.1298/1497.