Artikel

Dubai Mahu Bina Masjid Cetakan 3D Pertama Dunia – Pada Akhir 2023 Ini

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, Dubai – Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini merancang untuk membina sebuat masjid cetakan 3D pertama di dunia. Untuk makluman, usaha ini selaras dengan matlamat Dubai sejak 2018 di bawah inisiatif Startegi Percetakan 3D – yang menyasarkan 25% pembinaan struktur baru dihasilkan menggunakan teknologi tersebut menjelang 2030.

Mengikut perancangan, bangunan yang disasar memiliki struktur setinggi dua tinggi yang meliputi 2,000 meter persegi ini dijadualkan akan bermula pada akhir tahun ini dan bermatlamat disiapkan pada suku pertama  2025 kelak.

Menerusi pembangunan tersebut, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai (IACAD) memaklumkan binaan tersebut akan dibangunkan dengan menggunakan campuran konkrit dan berpotensi memuatkan sejumlah 600 jemaah dalam satu masa.

Buat pengetahuan umum, pembangunan menggunakan percetakan 3D tidak sekadar menjimatkan masa, kos dan tenaga – bahkan ia turut membantu menghasilkan bentuk pembinaan yang kompleks yang dilihat sukar dihasilkan pada kebanyakan teknologi pembangunan tradisional.

Selain agenda binaan baharu ini, Dubai sebelum ini telah mencipta rekod dunia apabila telah membina Majlis Perbandaran Dubai setinggi 9.5 meter dengan seluas 640 meter menggunakan teknologi pencetakan 3D. Melalui kelangsungan usaha penghasilan binaan sedemikian, ini akan membantu Dubai meraih matlamat menjadi ibu kota cetakan 3D di dunia.