Prestasi operasi Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) kini dilihat terus melonjak bagi suku kedua 2023, apabila meraih peningkatan pada aliran untung bersih ketika ini kepada RM101.18 juta, berbanding RM93.87 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Pada makluman bersama Bursa Malaysia, prestasi sedemikian didorong hasil peningkatan pada unit perniagaa makanan dan minuman operasi. Berdasarkan perincian, perolehan operasi telah naik sebanyak 8.9% kepada RM1.11 bilion di mana segmen makanan dan minuman Malaysia F&N Malaysia telah naik 15% kepada RM707.59 juta.
Aliran ini hasil permintaan yang tinggi dikala musim perayaan dan sumbangan yang tinggi pada prestasi unit F&N Malaysia iaitu Cocoaland Holdings.
Selain prestasi unit Malaysia yang membrangsangkan, segmen jualan makanan dan minuman Thailand (F&B Thailand) juga turut menyokong pertumbuhan menyeluruh operasi. Apbila mencatatkan kenaikan untung operasi 26.3% kepada RM78.06 juta pada suku kali ini.
Malah usaha F&N mengawal penetapan harga produk dan penawaran diskaun yang lebih baik juga turut membantu operasi meraih permintaan yang baik.
Secara menyeluruh prestasi F&N ini dijangka kekal seimbang dan meningkat, adanya penyertaan projek ladang tenusu bersepadunya di Ladang Permai Damai yang disasar mencapai penyelesaian Fasa 1 pada Disember 2024 kelak.
Melalui pertambahan ladang tenusu ini, dijangka ia tidak sekadar meningkatkan lagi keuntungan bahkan turut membantu F&N mengurangkan kebergantungan mereka pada keperluan susu import. Lebih menarik usaha ini turut akan membantu merancakkan pertumbuhan pertanian tempatan Malaysia secara berperingkat.