Artikel

MOT : Rakyat Malaysia Kini Boleh Lanjut Tempoh Sah Lesen Memandu, Sehingga 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang hari ini memaklumkan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pihaknya kini membenarkan rakyat Malaysia untuk perbaharui lesen memandu mereka untuk tempoh maksima sehingga 10 tahun. Seperti yang umum ketahui sebelum ini tempoh tersebut hanya dihadkan kepada 5 tahun sahaja.

MOT menegaskan aturan ini hanya terpakai untuk rakyat Malaysia sahaja dan untuk kumpulan yang tidak terlibat sebarang sekatan urusa-niaga bersama JPJ, PDRM atau dalam isu senarai hitam serta isu perundangan mahkamah.

Malah diperincikan bagi kumpulan yang memperbaharui lesen memandu untuk tempoh 10 tahun sekaligus sahaja, akan diberi diskaun 10% iaitu hanya perlu membayar untuk tempoh 9 tahun sahaja bagi lanjutkan tempoh sah LLM mereka.

Untuk makluman bayaran setahun sah lesen memandu ketika ini adalah berharga RM30, ia bermakna bagi tempoh tersebut pengguna hanya perlu melunaskan pembayaran berjumlah RM270 sahaja.

Selain membenarkan rakyat negara lanjutkan tempoh sah lesen memandu, MOT juga turut hadir dengan insiatif lain – iaitu beri kebenaran perbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kepada rakyat Malaysia

Langkah ini setelah mengambilkira kekangan pandemik COVID-19 dan keberadaan rakyat negara di luar negara telah mengakibatkan lesen memandu mereka tamat tempoh. 

Maka insiatif ini memboleh rakyat perbaharui semula lesen memandu mereka tanpa perlu menjalani ujian memandu semula.

Penawaran inisiatif kedua ini hanya tertakluk kepada kumpulan yang alami tamat tempoh lesen memandu bermula 1 Januari 2018 dan ke atas sahaja. 

Maka orang awam yang terlibat dinasihatkan untuk segera manfaatkan peluang ini sehingga 31 Disember 2023 kelak. Ini kerana mulai 1 Januari 2024, individu yang gagal berbudat demikian, perlu jalani semula ujian memandu untuk perbaharui tempoh sah lesen memandu mereka.

Tindakan memperbaharui tempoh sah lesen memandu itu dimaklumkan akan bermula pada 8 Mei ini pada kaunter fizikal JPJsahaja  di seluruh negara. Sementara kaunter sokongan lain seperti Pos Malaysia akan dikemaskini tidak lama lagi.