Artikel

Malaysia Hilang RM70 Bilion Hasil Cukai Setiap Tahun – Kesan Ekonomi Bayangan

Saban tahun, aktiviti ekonomi bayangan atau aktiviti perniagaan yang tidak patuh akan perundangan di bawah Akta Cukai Pendapatan – dilihat terus membawa kerugian kepada negara khususnya pada perolehan hasil cukai. Negara kini dianggarkan merekod kehilangan RM70 bilion setahun susulan ketirisan hasil cukai daripada kegiatan kumpulan ekonomi bayangan ini.

Angka itu menurut tinjauan LHDN meliputi 20% daripada anggaran keseluruhan pendapatan ekonomi bayangan, yang dimaklumkan berjumlah sekitar RM350 bilion setahun dan nilai ini merangkumi 30% daripada KDNK Malaysia.

Permasalahan ini diakui tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh tetapi dalam dikurangkan melalui tindakan perundangan secara berkala yang dilaksanakan oleh LHDN. Selain isu tersebut, berdasar data 2020 sehingga 2022 – didapati sebanyak 894,027 kes gagal patuh aturan borang nyata taksiran telah dikesan namun isu itu telah berjaya diselesaikan dan membawa hasil cukai berjumlah RM6.09 bilion.

Buat pengetahuan umum, Ekonomi Bayangan atau turut dikenali sebagai ekonomi bawah tanah adalah kegiatan perniagaan yang tidak mematuhi perundangan negara. Ini bermakna ia boleh tergolongan dalam kalangan firma yang berdaftar namun tidak patuhi perundangan dan firma yang tidak berdaftar dengan laksana perniagaan aktiviti jenayah.