Artikel

CIMB Kini Tamatkan Khidmat Tambah Nilai Kad Touch ‘n Go Melalui ATM 

Bermula 2 Mei 2023, perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go melalui CIMB Bank ATM dimaklumkan telah ditamatkan.

Seperti yang umum ketahui, perkhidmatan ini sebelumnya telah membenarkan pengguna menambah nilai TNG tanpa sebarang pengenaan caj di CIMB ATM. Ia berbbeza dengan platform tambah nilai lain yang mengenakan caj RM0.50 kepada pengguna.

Meskipun tidak lagi diteruskan dan tidak diperincikan alasan disebalik penamatan perkhidmatan – para pengguna CIMB disarankan untuk dapatkan lokasi tambah nilai TNG terdekat pada laman rasmi TNG – antaranya seperti di stesen minyak, kedai terpilih dan kiosk TNG. Susulan pelaksanaan rasmi itu, CIMB meminta semua penggunanya untuk peka akan perubahan perkhidmatan yang ditawarkan.