Artikel

Sarawak Rancang Tubuh Bank Komersial Sendiri – Bantu Perkasa PKS

Seiring dengan jangkaan peningkatan sektor ekonomi, Sarawak kini bercadang menubuhkan bank komersial sendiri untuk memacu akses bersama pemain industri perniagaan – khususnya bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Usaha itu tidak sekadar membantu meningkatkan akses pembiayaan tetapi turut memperkasakan aliran ekonomi Sarawak secara berperingkat.

Sarawak menyasarkan penubuhan bank komersial tersebut berpotensi direalisasikan dalam tahun ini atau menjelang akhir tahun kelak. Setakat ini cadangan tesebut masih diperingkat semakan dan lanjutan proses penubuhan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada umum. Mengikut makluman, lanjutan semakan akan dimaklum dalam tempoh 2 bulan lagi.

Melalui inisiatif tersebut pada laporan Bernama, bank komersial Sarawak itu secara langsung akan menjadi pemangkin kepada PKS untuk ceburi arena ekonomi baharu pada pasaran semasa.