Seperti yang umum ketahui, penawaran kontrak rangkaian 5G yang bernilai RM11 bilion – yang diberikan oleh Digital Nasional Berhad kelengkapan 5G Ericsson diarahkan disemak semula bagi meneliti ketelusan proses tender tersebut. Berikutan situasi itu, difahamkan Huawei telah bertindak membida, menjadi antara syarikat yang ingin sertai sediakan kelengkapan 5G di Malaysia.
Berikutan tindakan itu, dimaklumkan Malaysia kini telah menerima amaran daripada pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) bahawa berpotensi berdepan risiko keselamatan sekiranya negara menggunakan kelengkapan 5G keluaran Huawei.
Situasi ini menurut laporan Reuters, tidak sekadar memberi risiko sekuriti kepada negara bahkan ini turut mewujudkan kesan tidak langsung risiko ke atas kemasukan pelaburan asing ke Malaysia. Mengikut perincian, notis amaran tersebut dilaporkan telah disalurkan pada April lalu.
Buat pengetahuan umum, Malaysia memiliki perancangan untuk memastikan perolehan kontrak rangkaian 5G ini tidak hanya dimonopoli sebuah pihak sahaja, bagaimanapun pelaksanaan tersebut masih lagi tidak diperincikan.