Artikel

Langkah Singapura Gandakan Cukai Hartanah, Bakal Dorong Pembeli Asing Beralih Ke Malaysia

Dalam usaha meredakan nilai pasaran hartanah semasa, Singapura minggu lalu telah bertindak menaikkan cukai bagi pembelian hartanah persedirian. Di mana warga asing perlu membayar 60% duti setem pembeli tambahan (ABSD) bagi sebarang pembelian hartanah kediaman di Singapura. Kadar itu secara langsung memparkan peningkatan daripada paras 30% sebelum ini.

Bertindak-balas pada langkah kenaikan cukai itu, penyedia hartanah Malaysia Juwai IQI menjangkakan aturan tersebut akan mendorong lebih ramai pembeli asing mewah untuk beralih ke pasaran negara – khususnya pada tumpuan kediaman bernilai RM2 juta ke atas di Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Situasi peralihan itu mengikut Juwai IQI bukanlah suatu tindakan yang mengejutkan, susulan tujuan asal peningkatan cukai adalah untuk mengalihkan tumpulan pembeli bukan pemastautin dari pasaran mereka. Rentetan itu, persekitaran ini akan memberi manfaat baru kepada Malaysia untuk menampung kemasukan pembeli asing yang keluar dari Singapura pada segmen lokasi hartanah mewah yang tidak terjual.

Buat pengetahuan umum, tahun lalu sahaja Malaysia telah merekodkan sekitar RM94.3 bilion bagi jualan kediaman dengan 15% daripada disumbangkan oleh urus-niaga mewah iaitu sekitar RM14 bilion.