Artikel

Bank Dunia : Inflasi Harga Makanan Kekal Tinggi

Tatkala paras inflasi Malaysia mereda kepada 3.4% pada Mac lalu, namun harus diakui paras inflasi subkumpulan makanan dan minuman negara masih lebihi paras 5%. Situasi ini didorong hasil tekanan kos, kekangan bekalan serta peningkatan permintaan semasa.

Persekitaran ini tidak hanya dialami pengguna Malaysia, namun seluruh dunia turut memaparkan peningkatan paras inflasi harga makanan yang tinggi. Menurut tinjauan Bank Dunia bagi tempoh Disember 2022 – Mac 2023 didapati hampir semua negara berpendapatan rendah (70.6%) dan sederhana (90.9%) mencatatkan paras inflasi makanan lebihi 5%.

Malah sekitar 84.2% negara berpendapatan tinggi pula dimaklumkan turut alami paras inflasi harga makanan yang tinggi.

Selain itu hasil perubahan dasar perdagangan turt berlaku ekoran krisis antara Ukraine dan Rusia yang telah meningkatkan lagi risiko kenaikan harga. Apabila setakat pertengahan 2023 didapati sejumlah 23 negara telah laksana 29 larangan eksport makanan, diikuti 10 laksana 14 langkah hadkan eksport makanan.

Aturan itu bertujuan untuk memastikan aliran permintaan makanan domestik kekal dipenuhi, di samping memelihara kebajikan pertumbuhan ekonomi negara. Buat pengetahuan umum, ini aliran inflasi subkumpulan makanan dan minuman di Malaysia setakat Mac 2023 :