Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimansuhkan sejak Julai 2018, masih terdapat RM2.1 bilion hutang cukai tertunggak sehingga kini. Di mana ia melibatkan sebanyak 26,000 syarikat dan entiti perniagaan yang belum melunaskan tunggakan tersebut.
Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada laporan, menjelaskan jumlah tunggakan ini termasuklah pengenaan penalti terhadap syarikat yang lewat laksana pembayaran cukai GST pada tahun 2015. Susulan kegagalan tersebut, segelintir pemilik syarikat kini berdepan dakwaan perundangan manakala segelintir pemilik syarikat pula telah alami sekatan perjalanan ke luar negara.
Setakat 2022, didapati lebih 10,000 entiti perniagaan telah laksana penyelesaian tunggakan cukai GST bersama nilai penalti dengan jumlah RM800 juta.
Rentetan itu, untuk pihak yang terlibat Kastam menyarankan agar memanfaatkan Program Pengakuan Sukarela tidak lama lagi dan Program Pengurangan Remisi dan Surcaj di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (ACBP 2014), Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, Akta Cukai Pelancongan 2017 dan Akta Levi Pelepasan 2019 – yang sedang dilaksanakan sehingga 30 September ini.
Di mana inisiatif tersebut akan membantu syarikat yang terlibat untuk nikmati pelbagai program pengurangan penalti dan surcaj yang berpatutan pada operasi mereka.