Artikel

Morgan Stanley Rancang Berhentikan 3,000 Pekerja Pada Suku Kedua

Kesan kelembapan urus niaga dan persekitaran ekonomi yang mencabar – Morgan Stanley iaitu bank pelaburan dan syarikat khidmat kewangan global kini bertindak laksana pemberhentian pekerja buat kali kedua. Dengan pertimbangkan pemberhentian 3,000 pekerja pada suku kedua ini. 

Susulan pendapatan operasi telah terjejas dengan merosot 20% kepada $14.5 bilion pada data sukuan, Morgan Stanley memaklumkan akan mengutamkan pengurusan perbelanjaan operasi pada ketika ini. Selain itu, tekanan kadar inflasi yang tinggi bersama ketidaktentuan pasaran juga menjadi faktor kepada pemotongan pekerja, untuk memastikan aliran perbelanjaan operasi kekal dipenuhi.

Secara menyeluruh, setakat Mac lalu bank pelaburan ini telah menggaji lebih 82,000 petugas dan dijangka langkah pemberhentian itu bakal menjejaskan sekitar 4% tenaga kerjanya. Sebelum sekitar 1,600 pekerja telah diberhentikan pada akhir tahun lalu.