Jemaah Menteri kelak akan berbincang meneliti syor berhubung menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada bahagian majikan.
Setakat ini syor tersebut telah dikemukakan namun masih belum dirujuk pada kabinet. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada acara Sambutan Hari Pekerja 2023 hari ini menjelaskan semakan itu akan diteliti bersama pentadbiran, kumpulan majikan dan industri – susulan dasar itu akan memberi kesan kepada pasaran buruh.
Antara pihak yang menyuarakan keperluan peningkatan caruman KWSP majikan ini adalah Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC).
Kumpulan ini menyarankan agar pentadbiran meneliti keupayaan untuk naikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13% kepada 20%.