Artikel

CUEPACS Usul Tempoh Khidmat Pekerja Kontrak Dipendekkan – Beri Lantikan Tetap

Tempoh pekerja kontrak khidmat awam kini dicadangkan untuk dikurangkan dari 15 tahun kepada 10 tahun – bagi membolehkan proses lantikan tetap disegerakan.

Saranan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ini bertujuan untuk memastikan sekitar 30,000 penjawat awam berstatus kontrak diserap masuk ke jawatan tetap dengan lebih segera. 

Buat pengetahuan umum, ketika ini terdapat dasar menetapkan pekerja kontrak perlu berkhidmat selama 15 tahun dan setelah itu memiliki peluang untuk diserap ke jawatan tetap. Akan tetapi mengikut laporan Bernama, terdapat sebilang petugas yang telah berkhidmat sekitar 10 tahun ditamatkan perkhidmatan mereka. 

Situasi ini secara langsung telah menafikan peluang kumpulan ini meraih jawatan tetap pada sektor perkhidmatan yang terlibat.