Artikel

Ipoh Rancang Wujudkan Kawasan Industri Baharu Bersama Dalian, China

Setelah meluaskan jejak kerjasama bersama Jepun, Perak kini mula mengaturkan langkah melaksanakan kerjasama dengan China pula dalam mengukutkan jalinan antarabangsanya.

Berdasarkan aturan itu, dijangka kedua pihak akan mewujudkan kawasan industri baharu di Ipoh bersama penyertaan Dalian iaitu sebuah bandar pelabuhan moden di timur laut China.

Kesepakatan ini dijangka akan meningkatkan aliran ekonomi negara bersama kemasukan pelaburan tertentu. Mengikut persetujuan awal, pembentukan Ipoh-Dalian Technology Park telah dicadangkan dibangunkan di Chepor dan Khantan.

Bagaimanapun cadangan masih diperingkat awal dan jangkaan pembinaan akan dimuktamadkan setelah sidang mesyuarat dilaksanakan kelak. Berdasarkan kesepakatan tersebut, disasarkan terdapat 3 sektor utama akan menerima manfaat merangkumi ekonomi digital, pendidikan dan pelancongan budaya.