Artikel

Jumlah Dagangan Malaysia Kini Cecah RM232.7 Bilion – Susut 1.6%

Prestasi perdagangan Malaysia pada Mac 2023 kini mencatatkan nilai RM232.7 bilion, sedikit menyusut sebanyak 1.6% bagi datat tahun ke tahun. Penurunan didorong hasil penyusutan nilai eksport sebanyak 1.4% kepada RM129.7 bilion, sementara import pula turun 1.8% kepada RM103.0 bilion.

Berhubung prestasi itu, mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ia  dipengaruhi berasaskan eksport lebih rendah dari kebanyakan negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM775.6 juta), Kedah (-RM730.3 juta), Sabah (-RM651.7 juta), Pahang (-RM637.9 juta), Terengganu (-RM405.1 juta), Perak (-RM366.0 juta), Johor (-RM242.9 juta) dan Kelantan (RM71.0 juta).

Manakala 7 lagi negeri pula memperlihatkan peningkatan nilai eksport dengan Sarawak (RM740.6 juta), Negeri Sembilan (RM369.3 juta), WP Labuan (RM293.6 juta), Pulau Pinang (RM279.6 juta), Melaka (RM165.7 juta), Selangor (RM37.8 juta) dan Perlis (RM6.2 juta).

Untuk aliran import pula terdapat 8 negeri menunjukkan penurunan import lebih rendah iaitu Melaka (-RM4.1 bilion), Negeri Sembilan (-RM877.6 juta), Pulau Pinang (-RM701.5 juta), Kedah (-RM559.7 juta), Pahang (-RM450.3 juta), Selangor (-RM72.1 juta), WP Labuan (-RM18.9 juta) dan Sabah (-RM16.7 juta).

Secara menyeluruh terdapat 5 negeri menjadi kelompok pengeksport utama negara iaitu ;

  • Pulau Pinang (31.9%)
  • Johor (19.9%)
  • Selangor (18.4%)
  • Sarawak (8.2%)
  • Kuala Lumpur (3.5%)