Platform i-Sayang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan para suami memindahkan 2% caruman KWSP mereka ke dalam akaun isteri – kini memperlihatkan lebih 20,000 pencarum telah mendaftar pada akses tersebut untuk manfaat pasangan mereka.
Data setakat 8 April itu memaparkan terdapat tiga negeri yang merekodkan jumlah pendaftaran tinggi antaranya Selangor, Sarawak serta Johor.
Melalui kemudahan ini, pindahan caruman boleh dilaksana secara sukarela berdasarkan kriteria yang telah digariskan. Di mana pindahan 2% caruman ini akan dilaksana secara automatik pada setiap bulan setelah kemasukan caruman majikan dijalankan pada akaun suami.
Malah pembatalan caruman juga hanya boleh dilaksana sekiranya berlaku kematian atau penceraian isteri sahaja. Sebarang rujukan lanjut, boleh layari pautan i-Sayang KWSP ini.