Artikel

Tabung Haji Umum Agih Keuntungan 3.1%

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.10% melibatkan nilai RM2.65 bilion bagi tahun kewangan 2022.

Menerusi agihan ini, ia dijangka akan memanfaatkan lebih 8.7 juta para pendeposit TH. Jumlah agihan itu turut diperjelaskan lebih tinggi 7.0% berbanding tahun 2021 iaitu RM2.46 bilion – meskipun kadar dividen kekal paras sama 3.1%.

Malah pengagihan ini dinilai lebih kompetetif setelah mengambil kira faktor kadar yang lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan bagi 12 bulan – iaitu 2.34% dan zakat telah dilunaskan untuk pihak pendeposit.

Susulan pengumuman ini, para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula tenghari esok 29 April melalui platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat. Sementara saluran atas talian merangkumi Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.