Artikel

OPR Dijangka Kekal 2.75% – Pada Mei 2023 Ini 

Umum ketahui, Bank Negara Malaysia (BNM) telah bertindak mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75% sejak November 2022 sehingga Mac 2023. Paras itu dijangka akan terus dikekalkan susulan paras inflasi dilihat mulai reda.

Setakat ini, tahap inflasi negara berada ditakuk 3.4% iaitu mulai rendah berbanding Ogos lalu dengan paras 4.7%. Penurunan tekanan kos itu sekaligus menghampiri sasaran BNM untuk memastikan tahap inflasi negara dalam lingkungan 2-3% pada tahun ini.

Susulan itu mengikut tinjauan Reuters bersama 25 penganalisis ekonomi menunjukkan 80% menjangkakan paras OPR Malaysia berpotensi dikekalkan 2.75% pada 3 Mei ini – Ia kerana mengambilkira cabaran pertumbuhan ekonomi negara bagi pertengahan 2023 dijangka akan meningkat, maka keperluan pengekalan dasar monetari diperlukan untuk mengimbangi tekanan tersebut.

Akan tetapi terdapat jangkaan bahawa sehingga akhir 2023 didapati akan berlaku satu lagi kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00%. Walaupun tidak mengetahui tempoh kenaikan tersebut semua pihak diminta bersedia akan sebarang kenaikan itu. Secara menyeluruh, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka sekitar 4.0% dan akan memulih kepada 4.6% menjelang 2024 kelak.