Seperti tahun-tahun sebelum ini, aliran kos makanan di pasaran dijangka akan alami penurunan usai sambutan Aidilfitri. Penyusutan kos itu berlaku rentetan permintaan mulai berkurangan berbanding ketika musim perayaan.
Menurut pengamatan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia pada laporan – kesan penurunan permintaan ia menjadikan bekalan tersedia kekal tinggi di pasaran. Situasi ini secara langsung membawa pembekal menurunkan harga dan membolehkan para peniaga menetapkan kos makanan lebih rendah kepada pengguna.
Akan tetapi wakil peniaga akui, penurunan tersebut tidaklah terlalu ketara susulan sebelum Ramadan telah alami kenaikan kos sekitar 30% diikuti kenaikan 20% semasa Ramadan dan Aidilfitri.
Buat pengetahuan umum, kenaikan kos tersebut diperjelaskan tidak termasuk akan senarai barang harga kawalan yang diumumkan sebelum ini.