Artikel

Genting Malaysia Lupus Aset Di AS – Dijangka Raih Untung RM4.29 Bilion

Susulan tindakan melupuskan aset anak syarikatnya Resorts World Miami LLC, kumpulan Genting Malaysia dijangka meraih keuntungan sekitar $967 juta (RM4.289 billion). 

Makluman kepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan aturan itu telah dicapai melalui perjanjian jual beli (SPA) bersyarat bersama Smart Miami City LLC dengan pelupusan 4 bidang tanah bernilai $1.225 bilion.

Mengikut perincian tujuan penjualan tanah berkeluasan 673,691 kaki persegi ini adalah untuk membuka peluang kepada kumpulan memanfaatkan pertumbuhan pasaran hartanah semasa bagi meningkatkan kedudukan tunai syarikat. Buat pengetahuan umum, pasaran hartanah Miami telah berkembang di mana indeks kediaman meningkat tiga kali ganda kepada 398.56 pada akhir 2022. Malah kedudukannya yang strategik berhampiran kawasan komersial dan kediaman secara langsung turut menjadikan nilai hartanah tersebut lebih tinggi.

Pada langkah tersebut, dilaporkan hasil keuntungan yang bakal diraih – akan digunakan pada suntikan korporat, pelaburan am serta potensi pelaburan kumpulan di masa hadapan.