Artikel

Kos Barang Di Peringkat Pengeluar Kini Turun -2.9% – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR), yang mengukur kos barangan di peringkat kilang kini telah kekal memaparkan penyusutan apabila mencatatkan penurunan kepada -2.9% bagi data Mac 2023 berbanding -0.8% pada Februari 2023.

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menjelaskan, penguncupan tersebut didorong kesan penurunan pada sektor Pertanian, Perhutanan & Perikanan dan Perlombongan yang mencatatkan perubahan kos negatif selama 3 bulan berturut.

Manakala indeks Pembuatan pula naik 1.4%, diikuti indeks bekalan Air dan Bekalan Elektrik & Gas masing-masin naik sebanyak 3.3% dan 1.4%. Sementara kos di peringkat pemprosesan melibatkan segmen bahan mentah seperti ayam, telur, sawit dan barang siap pula turut menunjukkan peningkatan 1.5% dan 0.2%.

Maka secara menyeluruh dalam tempoh Mac ini, paras inflasi bagi senarai negara terpiilih telah memaparkan penurunan yang ketara termasuklah di Malaysia – yang kini mencatatkan paras inflasi sekitar 3.4%.