Artikel

5.7 Juta Penumpang Malaysia Pilih AirAsia – Pacu Khidmat Operasi Bagi Suku Pertama

Capital A, syarikat induk disebalik operasi penerbangan tambang murah kini memaparkan prestasi yang membrangsangkan bagi laporan kewangan suku pertama 2023 – apabila berjaya meraih lonjakan pertumbuhan 153% untuk khidmat penerbangan bersama 13.2 juta penumpang.

Pengukuhan itu didorong hasil prestasi baik pada operasi bersama peningkatan penumpang AirAsia Malaysia (5.7 juta), AirAsia Thailand (4.58 juta), AirAsia Indonesia (1.22 juta) dan AirAsia Filipina (1.65 juta).

Lebih menarik prestasi positif ini turut disumbang berdasarkan perluasan pengguna pada AirAsia Super App. Setakat suku pertama 2023, didapati airasia Super App berjaya mencatatkan pertumbuhan tinggi pada purata Pengguna Aktif Bulanan dengan meraih 12.85 juta penngguna. Ini meningkat 20% berbanding suku yang sama pada tahun lalu.

Lonjakan itu didorong hasil penyertaan rakan perniagaan bersama penambahbaikan ciri aplikasi – telah membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan pada Capital A.

Manakala bagi segmen kewangan pula – BigPay memaparkan peningkatan 17% pada jumlah pengguna berkad kepada 1.36 juta untuk suku pertama 2023.