Artikel

Malaysia Duduki Tempat Ke-33, Senarai Indeks Keberkesanan Tadbir Urus 2023

Meskipun dinamik pentadbiran negara baru sahaja alami perubahan sejak akhir November 2022, Malaysia kini berjaya menempatkan kedudukan negara di tangga ke-33 pada senarai Indeks Keberkesanan Kerajaan pada tinjauan Institusi Tadbir Urus Chandler 2023. 

Pada kedudukan tersebut, Malaysia telah meraih skor indeks 0.612 – di mana ini mengatasi China (36), Indonesia(46), Thailand (47), Vietnam (49) dan Filipina (66). 

Kedudukan ini mengikut tinjauan meliputi faktor bagaimana negara depani krisis, atasi tekanan inflasi, pasaran buruh, membentuk masyarakat yang inklusif, pengukuhan perundangan, meningkatkan daya saing pasaran, dan reputasi di peringkat global. 

Secara menyeluruh, Malaysia menunjukkan peningkatan mata pada pengukuhan perundangan dengan pertambahan mata kepada 0.65, diikuti pengurusan kewangan yang lebih stabil (0.71). Ini perincian lanjut berhubung prestasi tadbir urus negara;