Artikel

ADE, Anak Syarikat Capital A Umum Raih Suntikan Dana Berjumlah $100 Juta

Asia Digital Engineering (ADE), salah satu anak syarikat bagi cabang kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat di bawah Capital A – kini mengumumkan menerima suntikan pelaburan berjumlah $100 juta daripada OCP Asia Ltd. Autran itu bagi memperkasakan operasi dan pengembangan perniagaan ADE di pasaran antarabangsa.

Usaha kemasukan pelaburan asing ini menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sekaligus akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri MRO dan membuka lebih banyak pertumbuhan pada penggiat tempatan.

Sokongan bersama OCP Asia ini dilihat turut membolehkan ADE membina kemudahan penyelenggaraan pesawat dengan lebih baik dengan kemajuan teknologi berdasarkan permintaan pasaran MRO semasa. Malah aturan ini selaras dengan gagasan Malaysia Airports Holding yang menyasarkan Malaysia untuk tampil selaku hab penerbangan serantau.