Artikel

Twitter Terima Lebih 16,000 Permohonan Data Pengguna, Daripada Lebih 85 Kerajaan 

Data bagi separuh pertama 2022 menunjukkan Twitter telah menerima lebih 16,000 permintaan maklumat data pengguna daripada kerajaan di lebih 85 buah negara. Berdasarkan permintaan pada tempoh itu didapati Amerika Syarikat (AS), Perancis, Jepun, Jerman dan India menjadi 5 negara teratas pada permintaan itu dalam tempoh tersebut.

Menurut Twitter, perolehan data itu meliputi pelbagai aspek, berbeza mengikut permintaan setiap negara.

Selain itu, Twitter juga turut menerima sekitar 53,000 permintaan undang-undang  daripada kerajaan di seluruh negara bagi tindakan mengeluarkan kandungan. Antara majoriti negara yang laksana permintaan tersebut seperti Jepun, Korea Selatan, Turkiye dan India.

Malah dalam tempoh itu juga mengikut laporan Bernama, sejumlah 6.58 juta kandungan pengguna telah diarahkan dikeluarkan oleh Twitter susulan ia bercanggah dengan etika serta peraturan operasi. Kandungan sedemikian diperhatikan telah meningkat sebanyak 29% untuk separuh kedua 2021.