Artikel

LHDN : Tarikh Akhir Kemuka Borang Cukai Taksiran 30 April, e-Filing 15 Mei Ini

Menghampiri akhir April, para pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan kini diingatkan untuk melunaskan tanggungjawab percukaian mereka dengan mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2022 dan Tahun Taksiran 2022 melalui borang cukai taksiran serta sistem e-Filing.

Untuk makluman tindakan mengemuka borang cukai taksiran secara manual dimaklumkan akan berakhir pada 30 April ini, sementara secara sistem e-Filing pula akan berakhir pada 15 Mei kelak.

Susulan itu, kumpulan pembayar cukai berkaitan diingatkan untuk laksana bayaran cukai pendapatan mereka berdasarkan tempoh yang diitetapkan bagi mengelak sebarang pengenaan penalti atau kenaikan cukai.

Untuk rujukan para pengguna, boleh klik pada pautan Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2023. Selanjutnya para pembayar cukai juga disarankan untuk mengemaskini maklumat diri dan perbankan semasa bagi memastikan proses pembayaran balik cukai dilaksana dengan teratur.

Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada HASiL Live Chat atau borang maklum di portal rasmi LHDN.