Artikel

India Dijangka Atasi China – Jadi Negara Paling Ramai Penduduk Pada Pertengahan 2023 

Setelah berabad lamanya, kelak India dijangka menepati sasaran dunia apabila akan tampil selaku negara paling ramai penduduk di dunia – dengan mengatasi China, melepasi jumlah penduduk dengan hampir 1.43 bilion.

Pengamatan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu meletakkan sasaran jumlah tersebut akan diatasi mulai minggu ini. Buat pengetahuan umum, menjelang akhir April ini – India dijangka miliki jumlah penduduk seramai 1,425,775,850 individu.

Sasaran itu sekaligus berpadanan dan kelak akan lepasi jumlah penduduk China yang dicatatkan sekitar 1.426 bilion individu pada tahun 2022. Kadar peningkatan penduduk China yang dilihat lebih perlahan ini menurut PBB – didorong atas faktor kenaikan kos sara hidup semasa, diikuti peningkatan jumlah tenaga wanita pada sektor ekonomi dan pendidikan negaranya.

Berbalik kepada percambahan populasi India – kenaikan jumlah penduduknya itu diperhatikan tidak akan terhenti disitu. Sebaliknya dijangka terus alami peningkatan dengan sasaran meraih seramai 1.7 bilion penduduk India menjelang tahun 2060.