Artikel

Citi Malaysia Lantik Vikram Singh Selaku CEO Baharu – Mulai 1 Mei Ini

Berkuat kuasa 1 Mei 2023 ini, Vikram Singh kini dilantik dan akan mengetuai kumpulan perbankan Citi Malaysia selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu. Lantikan ini sekaligus turut akan memperlihatkan peranannya menyelia Pusat Penyelesaian Citi di pasaran negara.

Melalui penyertaan Vikram dengan pengalaman 24 tahunnya dalam sektor perbankan korporat – ia sekaligus akan terus menyokong Citi Malaysia menggandakan pertumbuhan khidmat mereka dari semasa ke semasa meskipun telah beralih tampuk pimpinan bersama UOB. Sasaran pertumbuhan ini untuk makluman merangkumi perkhidmatan perbankan korporat, komersial, perdagangan, perbendaharaan, sekuriti serta khidmat transaksi.

Sehingga kini pasaran Citi Malaysia memiliki hampir 4,000 petugas sejak ia ditubuhkan pada 1959 di pasaran negara.