Artikel

Lalamove Ingin Perluas Jejak Rangkaian Di Asia, Termasuklah Malaysia – Pada Tahun Ini

Penyedia penghantaran barangan Lalamove milik Hong Kong kini merancang untuk meneroka meluaskan rangkaian mereka bagi pasaran Amerika Latin dan Asia. Matlamat ini termasuklah Malaysia pada tahun ini. 

Perluasan rangkaiannya pada pasaran tempatan dilihat selaras dengan pertumbuhan permintaan kurier dalam kalangan perniagaan Malaysia. Adanya penambahbaikan pada segmen logistik ini sekaligus akan memberi manfaat kepada ekonomi negara dari semasa ke semasa. 

Setakat ini, untuk pasaran Malaysia – Lalamove memiliki lebih 2 juta pengguna diikuti 38,000 rakan kongsi perniagaan bersama 350,000 rakan kongsi pernghantaran. Mengikut laporan, Lalamove menyediakan liputan di Malaysia merangkumi 4 bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka. 

Secara globalnya, Lalamove telah tembusi 11 pasaran dengan berkhidmat di lebih 40 bandar di seluruh dunia.