Artikel

PLUS : Pengguna Perlu Guna Kad TNG, SmartTAG Dan RFID Untuk Nikmati Tol Rahmah Percuma

Ekoran pemberian Tol Rahmah percuma selama 4 hari telah diumumkan, PLUS Malaysia ketika ini memberi peringatan kepada semua pemilik kenderaan baharu – mereka masih diperlukan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go (TNG) atau akses SmartTAG dan RFID  untuk keluar masuk laluan tol di 33 lebuhraya yang terlibat.

Tindakan ini secara langsung dapat membantu penyedia tol menjamin keselamatan pengguna lebuhraya dan menjejaki jumlah kemasukan dan keluar kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

Susulan itu semua pihak wajib menyemak status kad TNG mereka untuk kekal aktif supaya tiada kesesakan berlaku di laluan plaza tol. Semakan yang sama turut disarankan ke atas pengguna SmartTAG untuk memastikan bateri peranti tersebut kekal tersedia.

Buat pengetahuan umum, tuntutan ini tidak akan mengenakan sebarang pembayaran tol ke atas baki kad TNG, SmartTAG atau RFID pengguna bagi tempoh 19 April hingga 21 April dan 24 April ini.

Menerusi makluman ini, diharap semua pihak peka akan keperluan akses untuk nikmati faedah Tol Rahmah percuma ini. Adanya keprihatinan semua pihak akan membantu perjalanan pulang ke kampung lebih teratur dan selamat tanpa menjejaskan kesejahteraan semua pemilik kenderaan.