Artikel

Pengguna Kini Boleh Pra-Tempah Khidmat AirAsia Ride, Antara Negara – Seawal 3 Hari

Bagi pengguna yang ingin laksana perjalanan ke Kuala Lumpur, Bangkok ataupun Bali – anda tidak lagi perlu risau akan khidmat pengangkutan kerana AirAsia Ride kini mula perkenalkan ciri baharu pra-tempahan antara negara.

Di mana para pengguna boleh menempah seawal 3 hari sehingga 4 jam sebelum ke destinasi anda pada mana-mana negara.

Akan tetapi pada peringkat awal pengenalan ciri ini, ia hanya tersedia di ketibaan lapangan terbang utama di klia2, Malaysia diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Thailand dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali, Indonesia.

Susulan pengenalan ciri baharu ini, AirAsia Ride tampil dengan kos promosi mengikut negara dan bandar yang terlibat. Ini perincian promosi tersebut;