Selari dengan inisiatif transformasi digital, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan akan melancarkan hab pembayaran elektronik baharunya yang dikenali sebagai e-PATH tidak lama lagi. Medium e-pembayaran ini disasarkan akan membantu peserta pasaran untuk laksana pembayaran atas talian yang lebih mudah antaranya melibatkan transaksi yuran kawal selia dan pendaftaran yang berkaita dengan penyerahan bersama SC.
Tidak hanya itu, pembaharuan pada proses pembayaran atas talian SC ini turut melancarkan transaksi seperti permohonan pada tawaran awam permulaan (IPO), pemindahan penyenaraian, pengambilalihan serta penggabungan.
Untuk makluman, medium ini akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Mei 2023 kelak dan dijangka dapat menambah-baik pengalaman pengguna, antaranya melibatkan pemprosesan pembayaran yang lebih cekap, penyepaduan dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit dan debit, perbankan dalam talian, dan akses kepada pengesanan status pembayaran secara masa-nyata.
Sebarang makluman lanjut, semua pihak boleh layari pautan e-PATH ini untuk mengetahui senarai khidmat pembayaran tersedia di bawah medium ini.