Artikel

Batik Air Gesa AirAsia Super App – Padam Produk Khidmatnya Yang Dijual Pada Aplikasi

Selepas Malaysia Aviation Group (MAG) bertindak failkan injunksi untuk hentikan AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines – kini Batik Air Malaysia pula menggesa tindakan yang sama ke atas syarikat tersebut.

Batik Air telah menuntut agar AirAsia Super App untuk memadam dan mengeluarkan semua produk dan perkhidmatannya yang dijual tanpa kebenaran pada aplikasi tersebut. Batik Air menjelaskan pada laporan TheEdge – pihaknya tidak pernah memberi sebarang persetujuan akan peranan AirAsia untuk menjual dan memasukkan semua perkhimatan kumpulan Lion Air dan Super Jet Air seperti Lion Air, Batik Air Indonesia dan Wing’s Air pada aplikasi terbabit.

Kegagalan AirAsia Super App untuk patuhi tuntutan ini berpotensi di bawa ke kemuka pengadilan perundangan negara Malaysia.