Artikel

KKM Kekal Lanjutkan Perjanjian Konsesi Bersama Pharmaniaga – Meskipun Status PN17 

Walaupun Pharmaniaga telah diklasifikasi selaku syarikat berstatus PN17, iaitu kumpulan entiti yang memiliki isu dalam aspek kewangan – namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan akan meneruskan perjanjian konsesi mereka bagi memastikan kemudahan dan bekalan perubatan kekal terjamin.

Tindakan ini mengikut laporan diambilkira susulan kebersamaan KKM bersama sokongan khidmat Pharmaniaga sejak tahun 1994 lagi. Lanjutan konsesi itu menurut KKM telah dilaksana selama 6 bulan bermula Disember lalu sehingga akhir Jun 2023 ini dan mengikut makluman dijangka lanjutan konsesi ini berpotensi diteruskan tambahan 10 tahun lagi.

Berdasarkan prestasi untuk makluman, Pharmaniaga telah mencatatkan kerugian bersih sukuan sekitar RM664.39 juta pada akhir Disember lalu. Ini lebih tinggi berbanding perolehan untung bersih sebanyak RM85.47 juta.

Susulan penyenaraian PN17 atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 ini ia berisiko membawa kesan langsung kepada pemegang saham di bawah kawalannya iaitu  Boustead Holdings (51.85%), diikuti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang memiliki 59.42% pada Boustead dan 8.62% pada Pharmaniaga.