Artikel

PDRM Tawar Kadar Khas Bayaran Saman Trafik RM50, Bermula 21 April – 21 Mei Ini

Setelah mengumumkan pemberian tol percuma, kerajaan bersama kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah bersetuju untuk memberi Kadar Khas Bayaran Saman kepada orang awam bermula 21 April sehingga 21 Mei ini – untuk mereka melunaskan semua tunggakan saman trafik tahun 2022 dan tahun sebelumnya.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim setiap saman boleh dilunaskan pada kadar RM50 dan tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023. Susulan itu, para pengguna kenderaan boleh merujuk pada laman rasmi PDRM untuk tindakan lanjut atau menggunakan aplikasi MyBayarSaman mengikut tempoh yang ditetapkan.

Selain penawaran itu, PDRM juga akan laksana pemantauan melalui Op Lancar pada 18 April dan 19 April kelak bagi memastikan laluan perjalanan pengguna dapat dikawal dan membantu mengurangkan lagi tahap kesesakan semasa. Diharap orang awam memberi kerjasama dan laksana perjalanan dengan cermat.