Artikel

PM Anwar Beri Cuti Kelepasan Am Tambahan – Jumaat Atau Isnin, Bergantung Penetapan 1 Syawal

Memahami kebimbangan orang awam akan penetapan Hari Raya yang akan diumumkan pada Khamis ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat dua kemungkinan hari kelepasan am tambahan akan diberi kepada penduduk Malaysia.

Ini bermakna sekiranya 21 April adalah 1 Syawal maka, hari Isnin iaitu 24 April akan menjadi cuti kelepasan am. Sementara sekiranya 22 April pula adalah 1 Syawal maka hari Jumaat iaitu 21 April akan menjadi cuti kelepasan am.

Adanya tindakan ini ia secara langsung membantu orang awam untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih baik tanpa mengugat dan menjejaskan urusan pekerjaan serta harian mereka.