Bagi memeriahkan sambutan perayaan Aidilfitri kali ini, Maybank kini tampil dengan kempen baharu yang membolehkan pengguna gandakan simpanan sambil nikmati ganjaran wang tunai RM100,000 dan dapat menderma kepada organisasi kebajikan terpilih bersama MaybankHeart.
Kempen You Save & Pledge, We Donate #ForYou ini secara langsung adalah sebahagian matlamat Maybank untuk mengalakkan kebajikan bersama dengan para pengguna perbankan. Melalui penyaluran dana ini, ia kelak akan menyokong inisiatif menawarkan kelas kemahiran pekerjaan percuma kepada komuniti B40, membeli bekalan perubatan untuk pesakit dengan keperluan rawatan paliatif, menyediakan pek makanan berkhasiat untuk pelajar sekolah dan keluarga yang kurang bernasib baik, dan membekalkan makanan sihat yang siap dimasak kepada keluarga berpendapatan rendah di kawasan perumahan kos rendah masing-masing.
Susulan itu, bagi pengguna yang berminat boleh terus mengembangkan dana mereka pada Maybank2u melalui akaun simpanan, semasa dan pelaburan kovensional serta patuh syariah untuk merealisasikan manfaat tersebut.
Setakat ini kempen telah bermula sejak Mac 2023 sehingga 31 Julai kelak, maka sebarang maklumat lanjut boleh merujuk pada pautan You Save & Pledge, We Donate #ForYou dan Kongsi Kebaikan Bersama Maybank untuk perincian seterusnya.