Artikel

IKEA Tamatkan Khidmat Pembekal Pengawal Keselamatan, Susulan Pelanggaran Buruh

Rentetan berlakunya pelanggaran dasar pada polisi pembekalan petugas pengawal keselamatan – cawangan Ikea Malaysia kini dimaklumkan telah menamatkan khidmat mereka bersama pembekal pekerja tersebut.

Berdasarkan laporan Financial Times, pemantauan dalaman dapati pengawal keselamatan pada jenama tersebut dikehendaki membayar yuran pengambilan sejumlah $1,000 iaitu sekitar RM4,400 untuk mendapatkan peluang pekerjaan di Malaysia. Petugas pengawal keselamatan yang terlibat adalah meliputi pekerja asing dari Nepal.

Pemantauan Inter Ikea bersama Ikano Retail ini juga turut mendedahkan terdapat berbilang lapisan ejen yang terlibat pada proses sedemikian. Ketika ini, laporan kepada pihak berkuasa tempatan serta kedutaan Nepal telahpun dilaksanakan dan untuk tempoh tersebut pihak Ikano masih kekal tidak mendedahkan makluman pembekal yang terlibat.

Selanjutnya difahamkan, pihak Ikea telah memperolehi khidmat bersama pembekal petugas baharu dan memberi jaminan, pekerja yang diambil akan lalui proses pengambilan secara terus tanpa menggunakan subkontraktor. Malah pihak Ikea akan menjalankan proses audit untuk langkah susulan bagi memastikan isu ini tidak berulang kembali.