Artikel

PM Setuju Usul Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri – Atasi Isu Tiket Mahal

Seperti yang dicadangkan sejak November 2022, Kerajaan Persekutuan kini teliti akan permohonan yang dilaksana Sarawak untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri bagi mengatasi isu harga tiket penerbangan yang tinggi.

Hasrat itu menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diteliti pada minggu lalu dan selanjutnya akan dibincangkan pada mesyuarat kabinet minggu ini. Pertimbangan ini mengambilkira penguasaan dan keupayaan kerajaan Sarawak pada kenderaan elektrik, hidrogen serta gas memaparkan prestasi yang baik – maka semakan mewujudkan syarikat penerbangan butik ini wajar diteliti untuk membantu semua pihak.

Usaha ini secara langsung berupaya melandaikan tekanan kos tiket penerbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.